Adakah matlamat anda sudah tercapai?? Pentingkah mencapai matlamat dan menanam azam baru??
Sekejap sahaja masa berlalu...tanpa kita sedari meninggalkan kita..
Banyak kenangan manis dan pahit yang terpahat di sanubari...
Walau apa pun yang berlaku dalam kehidupan kita, kita perlu yakin bahawa setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.
Tuhan tidak akan menguji kita sekiranya kita tidak mampu menghadapinya..mungkin dengan dugaan yang diberikan memberi kita kekuatan dan semangat untuk menghadapi cabaran masa depan.Apa yang berlaku sudah pun berlalu, apa yang baik kita jadikan panduan dan apa yang buruk kita jadikan sempadan.
Pandang ke hadapan untuk terus maju. Perjuangan kita harus diteruskan.
Tuesday, December 29, 2009
Berakhirnya episod 2009
Posted by Lina_Mohd at 4:44 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment